Satu Majlis Serah Tugas telah diadakan di Balai Raya Kampung Genting, Penjom secara ringkas pada 15 Oktober 2016 (Sabtu) pada pukul 2.00 petang yang turut dihadiri oleh Penghulu Mukim Penjom, En Azhar Bin Bakar dan Ketua Balai Polis Penjom Sarjan Majer (SM) Ibrahim Bin Mat Saman.
Pengganti Pengerusi JKKK Kg Genting En Ahmad Munir Bin Abd Hamid telah menerima Nota Serah Tugas daripada Mantan Pengerusi JKKK Kg Genting Tn Hj Mohd Nor Bin Teh disaksikan oleh Penghulu Mukim Penjom, En Azhar Bin Bakar. Turut hadir sama di majlis tersebut adalah Mantan-Mantan Ahli Jawatan Kuasa JKKK dan Ahli Jawatan Kuasa JKKK yang baru di lantik.
Upacara Menandatangani Nota Serah Tugas
Upacara Menandatangani Nota Serah Tugas
Majlis Serah Tugas Yang Disaksikan Oleh
Penghulu Mukim Penjom En Azhar Bin Bakar
Turut Hadir Ketua Balai Polis Penjom &
Barisan Mantan AJK
Barisan Mantan AJK JKKK Kg Genting
Turut Hadir Ketua Balai Polis Penjom
& Barisan AJK
No comments:
Post a Comment