Monday, 24 October 2016

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA MANTAN JKKK KG GENTING 2016

Selepas selesai Majlis Serah Tugas, satu lagi majlis diadakan iaitu Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan kepada Mantan-Mantan AJK JKKK Kg Genting yang telah banyak berjasa dalam membangunkan Kampung Genting sehingga ke hari ini. Segala jasa bakti yang dicurahkan oleh Mantan-Mantan ini amatlah dihargai dan bermakna. 

Oleh itu, barisan JKKK Kg Genting yang baharu amat mengalu-alukan kerjasama dan tunjuk ajar daripada barisan kepimpinan Mantan JKKK.



Tarikh    : 15 Oktober 2016 (Sabtu)
Masa     : 2.00 petang
Tempat  : Balai Raya Kampung Genting, Penjom


Ucapan Oleh
 Mantan Pengerusi JKKK Kg Genting
Tn Hj Mohd Nor Bin Teh


Ucapan Oleh
 Pengerusi JKKK Kg Genting
En Ahmad Munir Bin Hj Abd Hamid


Ucapan Oleh
 Penghulu Mukim Penjom
En Azhar Bin Bakar


Mantan Pengerusi JKKK Kg Genting
Tn Hj Mohd Nor Bin Teh


Mantan Setiausaha JKKK Kg Genting
En Mohamed Salleh Bin Mat Seh, PJM


Mantan Bendahari JKKK Kg Genting
En Mohd Yassin Bin Hj Kassim, PJK


Mantan AJK JKKK Kg Genting
Pn Wan Norasidah Binti Wan Sulaiman


Mantan AJK JKKK Kg Genting
Pn Zaleha Binti Mat Akil


Mantan AJK JKKK Kg Genting
En Mohd Ali Bin Mat Sharif


Mantan AJK JKKK Kg Genting
En Kamaluddin Bin Binu


Mantan JKKK Kg Genting


Mantan JKKK Kg Genting
&
JKKK Kg Genting


Jamuan


Jamuan

MAJLIS SERAH TUGAS PENGERUSI JKKK 2016

Satu Majlis Serah Tugas telah diadakan di Balai Raya Kampung Genting, Penjom secara ringkas pada 15 Oktober 2016 (Sabtu) pada pukul 2.00 petang yang turut dihadiri oleh Penghulu Mukim Penjom, En Azhar Bin Bakar dan Ketua Balai Polis Penjom Sarjan Majer (SM) Ibrahim Bin Mat Saman.

Pengganti Pengerusi JKKK Kg Genting En Ahmad Munir Bin Abd Hamid telah menerima Nota Serah Tugas daripada Mantan Pengerusi JKKK Kg Genting Tn Hj Mohd Nor Bin Teh disaksikan oleh Penghulu Mukim Penjom, En Azhar Bin Bakar. Turut hadir sama di majlis tersebut adalah Mantan-Mantan Ahli Jawatan Kuasa JKKK dan Ahli Jawatan Kuasa JKKK yang baru di lantik.




Tarikh    : 15 Oktober 2016 (Sabtu)
Masa     : 2.00 petang
Tempat  : Balai Raya Kampung Genting, Penjom


Aluan Oleh Juru Acara Majlis
En Mohamad Suharli Bin Ghazali


Bacaan Doa Oleh 
En Hardi @ Effandi Bin Abd Malek


Upacara Menandatangani Nota Serah Tugas


Upacara Menandatangani Nota Serah Tugas


Majlis Serah Tugas Yang Disaksikan Oleh
Penghulu Mukim Penjom En Azhar Bin Bakar


Turut Hadir Ketua Balai Polis Penjom & 
Barisan Mantan AJK 


Barisan Mantan AJK JKKK Kg Genting


Turut Hadir Ketua Balai Polis Penjom 
& Barisan AJK

Wednesday, 12 October 2016

PROJEK PENANAMAN ROCKMELON FERTIGASI

NAMA PENGUSAHA
EN ADANAN BIN AHMAD

TEMPAT
KG SALANG, MUKIM PENJOM,
KUALA LIPIS, PAHANG

Projek Penanaman Rockmelon menggunakan kaedah Fertigasi ini dimulakan pada bulan September 2016 dengan menanam sebanyak 4500 benih rockmelon dan dijangka akan mengeluarkan hasil pertama pada bulan November ini.

Projek ini menerima bimbingan daripada Pejabat Pertanian Daerah Lipis dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di bawah peruntukan Program Fertigasi Rakyat.











PROJEK PENANAMAN UBI KAYU

NAMA PENGUSAHA
EN MOHD KHAIRI BIN SHAHMADIN

KELUASAN TANAMAN
1 EKAR

TEMPAT
KG PULAU KUCING, MUKIM PENJOM, 
KUALA LIPIS, PAHANG














Tuesday, 11 October 2016

MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA YB ADUN CHEKA & MESYUARAT JKKK KG GENTING KALI 1


  

Pada 09 September 2016 telah berlangsung satu Majlis Perjumpaan Bersama Yang Berhormat Adun Cheka YB Dato' Fong Foong Fuee, SIMP., DSAP., DIMP., SMP., PJK. yang bertempat di Balai Raya Kg Genting. 

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa JKKK Kg Genting yang baru dilantik pada tahun 2016 dan mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa buat Kali Pertama.






Mesyuarat Ahli Jawatankuasa buat Kali Pertama ini, telah melaksanakan pembahagian tugas dan jawatan kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa mengikut kepakaran masing-masing. Selain itu, penyerahan Surat lantikan sebagai  Ahli Jawatankuasa JKKK Kg Genting kepada Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik, turut dilaksanakan.





BIRO PEMBANGUNAN & KEMUDAHAN ASAS KAMPUNG
EN. AB RAZAK BIN HUSSIN

BIRO EKONOMI, KOPERASI & KEUSAHAWANAN
PN BADRULNISA' BINTI DATO BADARUDIN

BIRO AGAMA, PENDIDIKAN, BENCANA ALAM & SOSIAL
EN HARDI@EFFANDI BIN ABD MALEK

BIRO HAL EHWAL PENGGUNA, KESIHATAN & ALAM SEKITAR
EN AMIR HAMZAH BIN ALI

BIRO KEBAJIKAN & KERAJAAN TEMPATAN
PN HASFAUWATI BINTI HASSAN

BIRO PEMBANGUNAN WANITA & INTEGRASI KAUM
PN SITI ROKIAH BINTI HAMZAH

BIRO PERTANIAN & KEMUDAHAN ASAS TANI
EN RAZALI BIN KADIR

BIRO PENGURUSAN ASET JKKK & BADAN NGO
PN KAZARIAH BINTI KAMALUDDIN

CATATAN AM

1. KUALA LIPIS


Kuala Lipis merupakan bandar kecil yang terletak di Negeri Pahang dan mempunyai 12 buah Mukim didalamnya iaitu Mukim Batu Yon 1 (Bukit Betong), Mukim Batu Yon 2 ( Merapoh), Mukim Budu, Mukim Cheka 1 (Mela), Mukim Cheka 2 (Kerambit), Mukim Gua, Mukim Kechau, Mukim Kuala Lipis, Mukim Penjom, Mukim Telang, Mukim Tanjung Besar dan Mukim Ulu Jelai dan mukim-mukim ini terdiri daripada beberapa buah kampung tradisional dan taman perumahan kecil.



2. MUKIM PENJOM

Terdapat 8 Kampung di dalam mukim ini . :-
  • Kampung Pagar
  • Kampung Genting
  • Kampung Binjai
  • Kampung Lalang
  • Kampung Rengai
  • Kampung Tempoyang
  • Kampung Sama
  • Kampung Jerkoh

 3. JKKK KAMPUNG GENTING

Terdiri daripada kampung-kampung dan taman-taman berikut:

  • Kampung Dusun Rendah
  • Kampung Salang
  • Kampung Dala
  • Kampung Pulau  Kuching
  • Kampung Genting
  • Kampung Paya Perah
  • Kampung Ulu Renggol
  • Kampung Simpang Panggong
  • Taman Muhhibah
  • Taman Penjom Indah 


4. STATUS PEKERJAAN PENDUDUK

  • Kerajaan
  • Swasta
  • Petani
  • Peniaga
  • Lain - Lain

5. KEMUDAHAN ASAS


  • Sekolah Kebangsaan Penjom
  • Masjid Penjom, Masjid Kg Salang
  • Balai raya Kg Genting, Balai raya Taman Muhibbah
  • Dewan Serbaguna Kg Genting, Dewan Serbaguna Taman Muhibbah
  • Kedai
  • Pusat Jalur Lebar






Monday, 10 October 2016

VISI DAN MISI JKKK KG GENTING, PENJOM

VISI

MENTRANSFORMASIKAN KAMPUNG GENTING SEBAGAI KAMPUNG YANG MEMBANGUN DARI SEGI FIZIKAL, PEMIKIRAN DAN AKHLAK SEIRING DENGAN KEMAJUAN NEGARA DENGAN MENGEKALKAN KEHARMONIAN CARA HIDUP DI KAMPUNG.


MISI

MELAKSANAKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN YANG CEKAP DAN TELUS DEMI KEMAJUAN SERTA KESELESAAN ANGGOTA MASYARAKAT DI SAMPING MENJADI AGEN PENYAMPAI DASAR - DASAR KERAJAAN.